Monday, December 28, 2009

Selamat datang 2010

Pejam celik pejam celik tahun 2009 dah hampir ke penghujungnye..2010 pula bakal menjelang tiba.

Azura andaman ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang sudi memberi kepercayaan kepada Azura Andaman untuk merealisasikan majlis mereka tak kira lah majlis makan malam,majlis bertunang mahu pun majlis pernikahan serta persandingan yg tentunye memerlukan kerjasama yang erat di antara Azura Andaman dan para pelanggan semua.

Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan serta para pelanggan semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan dan sudah tentunye kami akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan -pelanggan kami.

Kepada crew-crew Azura Andaman pula saya sebagai wakil ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan anda.Tanpa anda tidak mungkin Azura Andaman dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kita.

Semoga tahun 2010 kita akan lebih cemerlang.
Selamat Tahun Baru 2010.

Kepada bakal-bakal pengantin sila hubungi AZURA ANDAMAN untuk maklumat lanjut dan jaminan harga terhebat serta kualiti terbaik akan diberikan kepada para pelanggan.

Terima Kasih
Azura Andaman.

No comments:

Post a Comment